Anda berada di: Informasi > Kandungan Program > Kejujuran



d

  d Bekerjasama  
  d Berdikari  
  d Berhemah Tinggi  
  d Bersyukur  
  d Cintai Kebenaran  
  d Hormat Menghormati  
  d Kebersihan Minda  
  d Kejujuran  
  d Kekuatan Minda  
  d Keluhuran Hati  
  d Keprihatinan  
  d Kerajinan  
  d Kesederhanaan  
  d Memanfaatkan Kebebasan  
d
Jujur Dalam Perbuatan, Anda Akan Disanjung


Kejujuran ialah ketulusan dan keikhlasan hati. Ketulusan hati dan jiwa amat perlu kerana merupakan ibadah yang memerlukan tanggungjawab dan pengorbanan sepenuhnya daripada murid.


Kejujuran terhadap diri sendiri:

1. Tidak menipu diri sendiri: Contohnya apabila guru bertanya sama ada murid memahami subjek yang diajar, ramai yang mengangguk tetapi pada hakikatnya mereka masih tidak memahami. Dalam hal ini muridlah yang rugi dan ketinggalan. Jika tidak memahami sesuatu perkara, murid seharusnya bertanya kepada guru.
2. Memberi perhatian sepenuhnya terhadap subjek pembelajaran: Melibatkan seluruh tumpuan kepada topiik yang dipelajari manakala jiwa pula seharusnya bersemangat, berminat serta melibatkan diri sepenuhnya.
3. Tidak meniru dalam peperiksaan


Kejujuran terhadap orang lain:

1. Tunaikan janji untuk berbuat baik dan melakukan yang terbaik kepada ibu bapa.
2. Berpegang kepada janji, tidak menipu atau mengkhianati.
3. Tidak sesekali menyelewengkan kepercayaan dan amanah yang diberikan kepada kita.



Sesuai dipapar dengan Google Chrome. Resolusi 1024 x 768 ke atas